Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara jalan kawasan Dermaga

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan di kawasan Dermaga, Pekan Bangar Temburong bermula hari ini hingga 16 Februari.

    Penutupan tersebut adalah bagi Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-38 tahun bagi Daerah Temburong.

    Sehubungan dengan itu, JKR ingin menasihatkan kepada para pengguna jalan berkenaan untuk menggunakan jalan alternatif yang terdapat di kawasan tersebut. Selain itu, para pengguna jalan raya juga adalah diingatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

    Peta menunjukkan penutupan sementara jalan di kawasan Dermaga, Pekan Bangar, Daerah Temburong.- Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...