Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara jalan mulai hari ini

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JKR

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, hala Temburong, mulai T24.3KM hingga T20.6KM bermula hari ini, pukul 8 pagi hingga 22 Mac, pukul 12 tengah malam.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, JKR menjelaskan bahawa penutupan sementara separuh jalan di jambatan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan sensor weigh in motion (WIM) dapat dilaksanakan.

    Sehubungan itu, JKR mengingatkan para pengguna jambatan itu supaya menggunakan jalan lencongan melalui contraflow sejauh 4.3km yang disediakan di kawasan berkenaan.

    Dalam kenyataan berasingan, JKR turut memaklumkan mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Lebuhraya Muara-Tutong, sebelum KM 32.9 berdekatan Kampung Jerudong, hala Muara mulai esok hingga 31 Mac dari 8 pagi hingga 5:30 petang.

    Peta menunjukkan penutupan sementara sebahagian jalan di Lebuhraya Muara-Tutong, berdekatan Kampung Jerudong, hala Muara.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...