Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara Jeti Sungai Lampai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan kepada orang ramai mengenai penutupan sementara Jeti Sungai Lampai di Jalan Residency berhampiran Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) bermula 14 Februari sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    Penutupan tersebut adalah disebabkan oleh keadaan jeti terapung yang telah mengalami kerosakan dan dianggap tidak selamat untuk digunakan.

    Oleh itu, penutupan tersebut juga termasuk dalam membuat penilaian teknikal dan kerja-kerja pembaikan bagi jeti berkenaan.

    Sehubungan dengan itu, JKR menasihatkan kepada orang ramai untuk menggunakan jeti yang berhampiran dan diingatkan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi tanda-tanda yang telah disediakan.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat Talian Darussalam 123, +673 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.giv.bn.

    Peta menunjukkan penutupan sementara Jeti Sungai Lampai di Jalan Residency berhampiran Jambatan RIPAHS. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...