Penutupan sementara Lebuh Raya Tungku-Jerudong

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama pengguna jalan raya, separuh jalan di kawasan Lebuh Raya Tungku-Jerudong akan ditutup sementara bagi kerja-kerja melapis semula jalan raya di kawasan tersebut bermula esok dan dijangka siap pada 11 Oktober.

Menurut kenyataan JKR, penutupan akan bermula 8 pagi sehingga 6 petang dalam tempoh kerja-kerja tersebut mula dilaksanakan sehingga selesai.

Sehubungan dengan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, hubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]