Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara penghubung simpang Jalan Ambin

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya dan penduduk yang tinggal di kawasan Rancangan Perumahan Negara Kampung Lugu mengenai penutupan sementara penghubung Simpang 8-3-12, Jalan Ambin bermula 10 Mac, pukul 6 pagi.

    Kenyataan menyatakan bahawa penutupan simpang berkenaan adalah bagi kerja-kerja pemasangan culvert drainage peringkat pertama di mana ia dijangka akan mengambil masa selama tiga minggu.

    Sehubungan itu, para penduduk yang tinggal di kawasan perumahan berkenaan khususnya boleh menggunakan laluan di Simpang 8, Jalan Ambin.

    Jabatan Kemajuan Perumahan dalam kenyataannya lagi, mengingatkan para pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

    Jabatan berkenaan juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama para pengguna jalan raya dan jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan serta aduan, boleh menghubungi Jabatan Kemajuan Perumahan melalui Talian Darussalam 123 dan e-mel, info@hdd.gov.bn.

    Peta menunjukkan penutupan sementara penghubung Simpang 8-3-12, Jalan Ambin bermula 10 Mac, pukul 6 pagi. – Gambar serahan Jabatan Kemajuan Perumahan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...