Penutupan sementara perkhidmatan PPDB

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Dalam sama-sama membendung penularan jangkitan wabak COVID-19, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memaklumkan penutupan sementara perkhidmatan-perkhidmatannya buat sementara waktu bermula 11 Ogos sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, PPDB menyatakan bahawa sekiranya mempunyai sebarang permohonan, aduan atau pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi atau menghantar e-mel.

Bagi Sijil Kelakuan Baik (Certificate of Good Conduct), Jabatan Siasatan Jenayah orang ramai boleh menghubungi talian 2459500 sambungan 383 atau e-mel, [email protected], Unit Pelesenan Agensi Pengawal Keselamatan, Jabatan Gerakan di talian 2459500 sambungan 619 atau e-mel [email protected], Unit Pelesenan Senjata Api & Bahan Letupan, Jabatan Gerakan di talian 2459500 sambungan 618 atau e-mel [email protected]

Manakala itu, Bahagian Pendaftaran Pertubuhan, Jabatan Perisikan Jenayah di talian 2459500 sambungan 376 atau e-mel [email protected], Bahagian Pas, Jabatan Perisikan Jenayah di talian 2459500 sambungan 124 atau e-mel, [email protected], Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Jabatan Pentadbiran Am & Kewangan di talian 2459500 sambungan 777 atau e-mel, [email protected], Unit Kutipan Hasil (Bahagian Kewangan), Jabatan Perkhidmatan Am dan Kewangan di talian 2459500 sambungan 777 dan Bahagian Pembayaran Saman dan Kompaun, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas seluruh balai polis di talian 2459500 sambungan 764 atau e-mel, [email protected]

Kenyataan seterusnya menyatakan bahawa bagi pengurusan sebut harga. tawaran atau jualan lelong, bolehlah melayari laman sesawang PPDB dan bagi sebarang aduan serta pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian 2459500 sambungan 777 atau e-mel, [email protected]

Sementara itu, bagi sebarang permohonan bagi membaharui pas keselamatan badan bagi premis kerajaan, boleh membaharui secara dalam talian dan akan dimaklumkan tarikh serta waktu serah menyerah pas lama atau baru lebih awal dengan menggunakan kaedah pandu lalu nanti.

PPDB dalam kenyataan itu menyatakan bahawa kerjasama dan pertimbangan orang ramai adalah sangat diharapkan serta sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.