Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara Pusat Vaksinasi Jubli Emas Bunut

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Berikutan dengan situasi penularan jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, ingin memaklumkan mengenai penutupan sementara Pusat Vaksinasi Jubli Emas Bunut dan akan di pusatkan di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup buat sementara waktu bermula 15 sehingga 26 Februari 2022.

    Kenyataan menyatakan bahawa langkah itu adalah bagi membolehkan kakitangan perkhidmatan kesihatan untuk memberikan sokongan perkhidmatan di pusat-pusat kesihatan yang lebih memerlukan bagi menangani penularan COVID-19 di negara ini.

    Selain daripada itu, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa orang ramai yang telah membuat tempahan vaksinasi di Pusat Vaksinasi Jubli Emas Bunut Perpindahan akan
    diberikan perjanjian baharu di Pusat Vaksinasi Stadium Tertutup.

    Orang ramai dinasihatkan untuk memeriksa pesanan ringkas dan aplikasi BruHealth mereka mengenai pertukaran tarikh dan waktu bagi perjanjian mereka. Kementerian Kesihatan turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

    Untuk maklumat lanjut, orang awam bolehlah menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...