Penutupan sementara sebahagian Jalan RIPAS

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa sebahagian Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menghala ke Bandar Seri Begawan ditutup sementara hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, penutupan sementara berkenaan adalah diperlukan bagi kerja-kerja pembaikan paip pembetungan bawah tanah berdia-meter 300mm di jalan tersebut dapat dilaksanakan.

Jalan berkenaan akan dibuka semula sebaik sahaja kerja-kerja berkenaan selesai dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, JKR dalam kenyataannya, mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]