Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan sini, hari ini, memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Muara-Tutong, KM 115.1 hingga KM 114.8, lorong kiri – hala Tutong bermula esok hingga 17 April dari 8 pagi hingga 5:30 petang
Jabatan itu menjelaskan, penutupan sementara separuh jalan di jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dan melapis semula aspal jalan raya di lokasi berkenaan dapat dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna lebuh raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi JKR melalui Talian Darussalam 123, Livechat di talian 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.