Penutupan sementara sebahagian lorong di Jalan RIPAS

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa sebahagian lorong di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan ditutup sementara bermula hari ini.

Penutupan sementara berkenaan mengambil masa lebih kurang tiga bulan mulai 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan jam 2.30 petang hingga 4 petang, manakala itu, sebelah malam akan bermula 10 malam hingga 3:30 pagi (tertakluk kepada keperluan), jelas JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Kenyataan menambah, penutupan sementara satu lorong setiap arah akan dibuat untuk memberikan ruang kerja-kerja penyelenggaraan kerja-kerja pencatasan dan penebangan pokok sepanjang tepi jalan di Jalan RIPAS yang akan bermula dari lampu isyarat berhampiran Jalan Istana Nurul Iman menuju ke persimpangan lampu isyarat Jalan Telanai.

Dalam kenyataan itu, JKR juga mengingatkan para pengguna jalan raya supaya akan dapat berhati-hati dan sentiasa mematuhi papan-papan tanda keselamatan lalu lintas yang telah dipasang di kawasan berkenaan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 atau Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel Jabatan Kerja Raya, [email protected]