Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara separuh Jalan Pasir Berakas

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Pasir Berakas esok bermula pukul 9 pagi.

    Kenyataan menjelaskan, penutupan sementara separuh jalan di lokasi Jalan Pasir Berakas, berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Berakas/Jalan Utama Terunjing itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan berkenaan dapat dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pihak JKR mengingatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang ditetapkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 atau pun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Lokasi penutupan separuh jalan di Jalan Pasir Berakas, berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Pasir Berakas/Jalan Utama Terunjing bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan. Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...