Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara separuh Jalan Tutong

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan mengumumkan penutupan enutupan sementara separuh jalan di Jalan Tutong telah diumumkan hari ini bermula 7 Februari sehingga kerja-kerja pembaikan jalan raya selesai dilaksanakan.

    Menurut kenyataan JKR, jalan yang terjejas adalah kawasan jambatan yang menuju ke persimpangan lampu isyarat Jalan Kilanas-Mulaut, menghala ke Tutong bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih jalan susur ke jambatan tersebut dapat dilaksanakan.

    Sehubungan dengan itu, JKR ingin menasihatkan kepada para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Bagi aduan, bolehlah menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya melalui Talian Darussalam 123/ Livechat Talian Darussalam 123 +673 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...