Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Penutupan sementara separuh Jalan Utama Mentiri

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Utama Mentiri iaitu hala Bandar Seri Begawan bermula esok hingga 31 Mei.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menerangkan bahawa penutupan sementara dari pukul 7 pagi hingga 5 petang berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan di jalan berkenaan dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan itu.

    Kerja-kerja pembaikan jalan di Jalan Utama Mentiri. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...