Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di beberapa lokasi di sepanjang Jalan Utama Mentiri mulai 25 Mac, jam 7 pagi sehingga 11 April (tertakluk kepada keadaan cuaca).
Penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan di jalan berkenaan dapat dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, pihak JKR mengingatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat Talian Darussalam, 8333123 ataupun e-mel: pro@pwd.gov.bn.