Penutupan sempadan jejas bandar pelancongan terpancil
WELLINGTON – Fox Glacier di New Zealand telah lama menjadi tarikan pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, Rob Jewell, Ketua Pegawai Eksekutif Fox Glacier Guiding, amat bimbang mengenai pembatalan tempahan selepas penangguhan lapan minggu gelembung perjalanan Trans-Tasman yang dilaksanakan pada akhir Julai, biasanya musim keemasan bagi perniagaan perbandaran Fox Glacier, satu destinasi pelancongan

































