Penutupan sempadan tingkatkan ekonomi negara

Tidak dinafikan berikutan dengan penularan wabak COVID-19 menjejaskan keadaan ekonomi negara terutama bagi peniaga-peniaga kecil-kecilan.

Baru-baru ini langkah-langkah pencegahan di negara ini semakin dilonggarkan secara berperingkat, di mana banyak restoran dan kedai makan serta pasar dan tamu mula dibenarkan.

Dengan pelonggaran ini, peniaga-peniaga mula meningkatkan semula hasil pendapatan mereka dari perniagaan yang dijalankan. Dalam masa yang sama, meskipun negara sudah mula melonggarkan langkah-langkah pencegahan tetapi penutupan sempadan-sempadan masih diketatkan.

Jika difikirkan, penutupan sempadan ini memiliki banyak kebaikan kepada negara terutama daripada segi ekonomi. Hal ini kerana pada kebiasaannya sesetengah rakyat di negara ini sering membeli-belah dan bercuti di negara-negara jiran seperti Miri, Limbang dan Sabah.

Dengan penutupan sempadan negara ini, hasil perbelanjaan bagi rakyat di negara ini hanya tertumpu di dalam negara. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan dan memajukan perniagaan tempatan berbanding di negara jiran. Memang tidak dinafikan nilainya jauh berbeza dari di negeri jiran.

Namun, inilah masanya untuk kita memajukan ekonomi negara kita sendiri dan membantu peniaga-peniaga kecil untuk memajukan perniagaan mereka. Janganlah hanya kata-kata atau azam kita membara-bara untuk membantu meningkatkan ekonomi negara, justeru realisasikanlah sekarang, di mana peniaga-peniaga tempatan mengharapkan dimajukan oleh masyarakat sendiri.

Kami Bangkit