Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Penutupan separuh jalan di Jalan Jerudong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Simpang 265 dan Simpang 265-33, Jalan Jerudong mulai 19 Januari sehingga 16 Mac 2022 (tertakluk kepada keadaan cuaca).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, penutupan sementara separuh jalan di jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf sebahagian jalan dan pemasangan kalbat di jalan berkenaan dapat dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pihak jabatan ingin mengingatkan para pengguna lebuh raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut, mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Untuk sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 atau e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...