Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Penutupan separuh jalan Lebuh raya Muara-Tutong

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Muara-Tutong, berdekatan KM94.4 hingga KM94.3 (hala Tutong) pada 13 hingga 15 Januari depan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, penutupan sementara mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemotongan pokok di tepi jalan raya berkenaan dapat dilaksanakan.

    Sehubungan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna lebuh raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Untuk sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 atau e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...