Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Penutupan separuh jalan Terowong Kiarong

-

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Separuh jalan di Terowong Kiarong, Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah – kedua-dua hala akan mulai ditutup pada 15 hingga 18 Januari bermula jam 10 malam sehingga 4 pagi hari berikutnya.

Penutupan sementara separuh jalan di lebuh raya berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penggantian lampu-lampu di terowong berkenaan dapat dilaksanakan, menurut Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya hari ini.

Sehubungan dengan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna lebuh raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123/ Livechat Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -