Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Penutupan stesen minyak bagi Mac

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Beberapa buah stesen minyak di tiga buah daerah dijadualkan untuk ditutup sementara bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian ke atas alat sukatan untuk pam minyak bagi Mac 2023.

    Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyatakan, langkah berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 15, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan.

    Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula pukul 9 pagi hingga selesai, yang mana anggaran pelaksanaannya adalah sekitar 2 jam.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan tiga kali setahun.

    Stesen-stesen minyak yang dimaksudkan di Daerah Brunei dan Muara adalah Stesen Minyak IBA pada 6 Mac, Stesen Minyak Koperasi Persatuan TIBA pada 7 Mac, Stesen Minyak Pekan Muara pada 8 Mac, Stesen Minyak Amanah pada 9 Mac, Stesen Minyak Gadong pada 11 Mac, Stesen Minyak Koperasi Usahajaya Pekira Bhd pada 13 Mac, Stesen Minyak TAIB Delima pada 15 Mac, Stesen Minyak Hajah Badariah dan Anak-anak pada 16 Mac, dan Stesen Minyak Shahryza pada 18 Mac.

    Di Daerah Belait melibatkan Stesen Minyak Roxana pada 4 Mac dan Stesen Minyak Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu pada 15 Mac, di Daerah Tutong pula Stesen Minyak Perusahaan Cahaya Pakatan Bhd pada 20 Mac dan Stesen Minyak KODRAT Bhd pada 22 Mac, manakala itu di Daerah Temburong di Stesen Minyak Negalang Maju Sdn Bhd pada 21 Mac.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Unit SDT melalui e-mel sdt@mofe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...