Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Penutupan stesen minyak bagi pemeriksaan alat sukatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak mengikut jadual pada bulan ini.

    Menurut kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini, langkah berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukatan dan timbangan bagi tujuan perdagangan.

    Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian tersebut, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula 9 pagi hingga selesai, yang mana anggaran perlaksanaannya adalah sekitar dua hingga tiga jam.

    Bagi Stesen Minyak SATENAGA, Kampung Tanjung Nangka, ia akan dijalankan pada 6 Ogos; Stesen Minyak TAIB Complex Perindustrian II pada 8 Ogos; Stesen Minyak TASAMUL Lumapas pada 9 Ogos; Stesen Minyak Pengalayan Kampung Kapok pada 10 Ogos.

    Manakala itu, Stesen Minyak Badan Tanmiah, Kuala Lurah pada 11 Ogos; Stesen Minyak PHA Bakar Kampung Suran, pada 13 Ogos; Stesen Minyak Lumut, Kampung Sungai Bakong pada 16 Ogos dan Stesen Minyak Sungai Teraban pada 17 Ogos.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan sebanyak tiga kali setahun.

    Bagi sebarang perta-nyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit SDT melalui e-mel sdt@mofe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...