Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Penyakit radang paru-paru misteri ragut tiga nyawa

    BUENOS AIRES, 2 SEPT – Seorang lagi individu meninggal dunia di Argentina minggu ini, akibat sejenis penyakit radang paru-paru yang tidak diketahui asal-usulnya, menjadikan jumlah mangsa mencecah tiga orang.

    Menurut pihak berkuasa, kes kematian berkenaan hanya membabitkan sebuah klinik, setakat ini.

    Sembilan individu di Tucuman dilaporkan mengalami penyakit pernafasan misteri, termasuk lapan kakitangan perubatan di klinik swasta berkenaan, kata Menteri Kesihatan wilayah itu, Luis Medina.

    Tiga daripada mereka, iaitu dua kakitangan kesihatan dan seorang pesakit di klinik itu, dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh itu sejak Isnin lalu.

    Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian tetapi Medina berkata, mereka sudah menolak kemungkinan COVID, influenza jenis A dan B, penyakit bakteria legionella serta hantavirus yang disebarkan oleh tikus. Sampel telah dihantar ke Institut Malbran di Buenos Aires. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...