Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Penyampaian sijil bagi peserta, hakim musabaqah

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) telah mengadakan majlis penyampaian sijil bagi peserta dan hakim Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan 1443 Hijrah di Dewan Kuliah, ITQSHHB, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Majlis didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan 1443 Hijrah, Awang Zul Husni bin Haji Sulaiman.

Seterusnya, majlis diserikan dengan tayangan rakaman peserta memperdengarkan hafazan serta menguji pemahaman masing-masing semasa musabaqah yang telah berlangsung semalam.

Kemudian tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada para peserta dan hakim musabaqah.

Keputusan musabaqah akan diumumkan pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara 1443 Hijrah yang akan diadakan pada bulan Ramadan yang bakal menjelang.
Peringkat akhir musabaqah berkenaan yang berlangsung semalam telah menyaksikan 25 orang peserta bertanding dalam lima kategori yang dibukakan.

Musabaqah merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS dan ITQSHHB.

Ia dihasratkan untuk membolehkan peserta membaca dan memahami Al-Quran dengan sempurna tanpa perlu melihat kitab suci Al-Quran, di samping menjadikan budaya membaca Al-Quran sebagai satu kebiasaan dan amalan hidup sehari-an. Usaha ini juga diharap akan dapat menambahkan lagi golongan penghafaz Al-Quran di Negara Brunei Darussalam.

Antara yang hadir menyaksikan penyampaian sijil tersebut.
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

India, AS bimbang kapal China berlabuh di Sri Lanka

HAMBANTOTA, SRI LANKA, 16 OGOS – Sebuah kapal penyelidikan China hari ini berlabuh di pelabuhan Hambantota yang dikendali oleh China di Sri Lanka, meskipun...
- Advertisment -