Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Penyanyi Kepulangan Yang Dinanti meninggal dunia

-

Pelakon dan penyanyi era 80an, Aman Shah, 68, menghembuskan nafas terakhir selepas melakukan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.

Berita pemergian penyanyi yang popular menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti itu disahkan anak saudaranya, Mohd Naufal Abdul Latiff.

Mohd Naufal berkata, arwah dimasukkan ke IJN pada 9 September lalu, bagaimanapun menjalani pembedahan memasang kateter belon atau sten, pada Selasa. Bagaimanapun, katanya, keadaan kritikal dan tidak stabil sehinggalah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronari (CCU).

“Hari ini, beberapa kali Cardio-pulmonary Resuscitation (CPR) terpaksa dilakukan. Namun, keadaan arwah tidak menunjukkan tindak balas yang baik.

“Pilihan terakhir, arwah terpaksa diberikan bantuan pernafasan. Bagaimanapun, tak sampai tempoh satu jam, arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Katanya, arwah sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan jantung, malah, pernah berdepan beberapa serangan jantung termasuk di rumahnya, dua minggu lalu.

“Saya memang rapat dengan arwah. Sejak beberapa bulan ini, saya menegurnya apabila melihat keadaannya kurang sihat.

“Arwah mengakui keadaannya sudah teruk apabila tidak mendapatkan rawatan di IJN, selain sepatutnya arwah perlu melakukan pembedahan memasukkan sten dengan segera.

“Kondisi kesihatan arwah agak parah selepas terkena serangan jantung di Kota Bharu, Melaka dan terbaru, di rumahnya.

“Dua minggu lalu, arwah dikejarkan dan dimasukkan ke Hospital Serdang,” katanya. Mohd Naufal berkata, dia bersama anak arwah, Hadzly Aman Shah dan beberapa ahli keluarga sejak pagi apabila diberitahu kondisi arwah semakin kritikal.

“Dalam pertemuan terakhir, arwah berpesan, di mana beliau menghembuskan nafas terakhir, di situlah jenazahnya disemadikan.” Katanya. – Agensi

Aman Shah menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung selepas pembedahan di IJN, kelmarin. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -