Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Penyanyi lagu Widuri meninggal dunia

    Dunia muzik Indonesia menerima khabar sedih apabila penyanyi lagu Widuri iaitu Bob Tutupoly dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 12 pagi, baru-baru ini.

    Penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Mayapada, Jakarta Selatan.

    Berita duka tersebut disampaikan oleh penggiat muzik, Stanley Tulung dalam hantaran Instagramnya yang memuat naik gambar bersama Bob.

    “Semoga tenang di sana Bob Tutupoly. Terima kasih untuk semua yang Bob sudah berikan kepada kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.

    Dalam pada itu, Addie MS iaitu salah seorang pemuzik senior Indonesia turut berkongsi mengenai berita pemergian itu.

    “Selamat jalan Bob Tutupoly,” tulisnya ringkas.

    Dalam laporan Detikcom, sehingga kini masih belum mengetahui punca sebenar kematian Bob namun kebelakangan ini keadaan kesihatannya agak teruk.

    Jenazah akan disemadikan di Semanggi, Jakarta. – Agensi

    Penyanyi Indonesia, Bob Tutupoly meninggal dunia kira-kira jam 12 pagi kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...