Penyanyi rap ditembak mati

LOS ANGELES, 21 Feb – Seorang penyanyi rap Amerika Syarikat ditembak mati oleh pihak polis di utara California awal bulan ini selepas beliau didapati tidak sedarkan diri dalam keretanya, ditembak sebanyak 25 peluru, menurut peguam yang mewakili keluarganya hari ini.

Melissa Nold memberitahu AFP bahawa enam pegawai polis menembak Willie McCoy di bahagian muka, leher, dada, telinga kanan, lengan dan bahu pada 6 Februari di bandar Vallejo.

“Ini melampau,” kata Nold.

“Tidak ada bukti yang membolehkan untuk melakukan tindakan sedemikian dan tidak ada sebab kenapa anda perlu berulang kali menembak seseorang.

“Mereka seperti sedang mengadakan latihan sasaran,” tambahnya.

Nold memberitahu, McCoy, 20, membuat rakaman di kediaman sahabat keluarganya apabila beliau memutuskan untuk pergi ke Taco Bell lewat malam tersebut.

Menurut pihak polis, beberapa kakitangan menghubungi mereka untuk membuat laporan berhubung dengan sebuah kereta Mercedes-Benz yang diletakkan di tempat kawasan pandu lalu dengan enjin masih hidup dan seorang lelaki terbaring di stering kereta.

Menurut pegawai tersebut, mereka mendapati pistol di dalam kereta tersebut dan tatkala mereka melakukan pemeriksaan, McCoy terjaga dan cuba untuk mencapai senjata tersebut, gagal untuk mematuhi arahan angkat tangan.

“Bimbang dengan keselamatan mereka, enam pegawai melepaskan tembakan,” menurut Jabatan Polis Vallejo dalam satu kenyataan.

Senjata yang dirampas daripada kereta tersebut memiliki peluru penuh dan dilaporkan dicuri di Oregon, menurut pihak berkuasa.

Nold yang juga mantan pegawai polis, menyifatkan tindak balas tersebut digunakan semasa berlakunya tembakan. – AFP