Penyanyi rap India dibunuh

NEW DELHI, 30 MEI – Seorang penari rap yang mempunyai pengikut tempatan yang ramai termasuk di Kanada dan Britain telah ditembak mati dalam insiden pembunuhan berkaitan geng, kata polis India.

Shubhdeep Singh Sidhu dikenali sebagai Sidhu Moose Wala oleh 11 juta pengikutnya dalam YouTube – sedang memandu SUVnya di Punjab ketika diserang oleh suspek dalam dua atau tiga buah kereta yang melepaskan 30 tembakan petang semalam.

Viresh Kumar Bhawra, ketua polis negara, berkata pembunuhan itu kelihatan seperti persaingan antara geng dan menambah gengster di Kanada dikenali sebagai Goldy Brar ‘telah mendakwa bertanggungjawab bagi pihak geng Lawrence Bishnoi’. – AFP