Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Penyediaan kemudahan tempat ibadah penting untuk tarik pelancong

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Perkara penting dalam mempersiapkan sesebuah tempat itu menjadi mesra pelancongan halal ialah penyediaan kemudahan tempat beribadah, tempat berwuduk, tandas, penunjuk arah kiblat dan yang seumpamanya.

Di samping itu, penyediaan makanan halal juga merupakan suatu perkara yang penting di mana para pelancong yang beragama Islam sudah semestinya akan mencari makanan halal apabila berada di sesebuah tempat. 

Perkara itu ditekankan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim semasa pembentangan mengenai Maqasid Syariah sebagai Rangka Kerja Pelancongan Halal di Negara Brunei Darussalam dalam Seminar Antarabangsa mengenai Pelancongan Halal dan Hospitaliti (ISHTaH 2022) yang berlangsung di Press Conference Hall, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

Menyentuh mengenai perkhidmatan pelancongan halal, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah mengongsikan beberapa contoh perkhidmatan yang terdapat di negara ini sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan pelancongan halal seperti dalam Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) di mana ia hanya menawarkan makanan halal untuk disajikan kepada para pelanggan dan tidak menawarkan minuman yang beralkohol.

Di samping itu, penyediaan penunjuk arah kiblat dan doa semasa penerbangan juga merupakan salah satu kelebihan yang terdapat dalam perkhidmatan RB. Selain itu, bagi para pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei juga akan pastinya dapat menyaksikan sebuah surau yang tersergam indah dengan keunikan seni binanya.

Semua hotel yang terdapat di Negara Brunei Darussalam, jelas beliau, juga mengamalkan pematuhan syariah seperti menyediakan Al-Quran, penunjuk arah kiblat, menyajikan makanan dan minuman halal serta sabun dan pencuci rambut yang mendapat sijil halal.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -