Penyelam maut di perairan Miri

MIRI, 24 JUN – Penyelam yang hilang ketika sedang melakukan selaman di perairan Miri petang semalam ditemukan maut pagi tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan berkata mayat Sim How Hua, 41, dijumpai tersangkut pada tali bubu di 4.1 batu nautika barat laut Miri oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 10.50 pagi.

“Mayat mangsa tiba di Jeti Marina pukul 11.15 pagi dan dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu. – Bernama