Penyelam temui pedang berusia 900 tahun

BAITULMADIS, 19 OKT – Seorang penyelam telah menemui sebilah pedang purba di pantai Mediterranean yang menurut pakar mungkin dari zaman perang salib.

Pihak berkuasa berkata kelmarin seorang lelaki menyelam pada hujung minggu di bahagian utara Israel apabila dia menemui artifak purba termasuk sauh, tembikar dan sebilah pedang berukuran satu meter panjang.

Penyelam tersebut menyelam kira-kira 50 meter di luar pesisir pantai di kedalaman lima meter ketika dia menemui artifak tersebut.

Pakar berkata kawasan tersebut memberi perlindungan untuk kapal purba berusia kira-kira 4,000 ribu tahun lalu. Namun penemuan itu mungkin sukar disahkan kerana pemindahan pasir yang sentiasa berlaku.

Bimbang penemuannya mungkin terkubur, penyelam tersebut mengambil pedang ke darat dan membawanya kepada pihak kerajaan.

Senjata tersebut dianggarkan berusia 900 tahun.

Pedang tersebut sudah dibersihkan dan akan dianalisis lebih lanjut, sementara penyelam tersebut diberikan sijil penghargaan atas tindakan baiknya. – AP

Pihak berkuasa Barangan Antik menunjukkan pedang yang berukuran satu meter dipercayai berusia 900 tahun. – AP