Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Penyelamat bergelut hulur bantuan kepada mangsa gempa

    SHARAN, AFGHANISTAN, 23 JUN – Para penyelamat yang berdepan hujan lebat bergelut untuk tiba di kawasan-kawasan timur Afghanistan selepas gempa bumi kuat membunuh kira-kira 1,000 orang dan mengakibatkan ribuan lagi tanpa rumah.

    Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud kelmarin melanda kawasan timur, menenggelamkan menara telefon mudah alih dan tiang elektrik di samping menyekat jalan-jalan pergunungan dengan batu dan lumpur.

    “Mendapat maklumat dari lapangan sangat sukar kerana rangkaian teruk,” kata Mohammad Amin Huzaifa, ketua penerangan bagi wilayah Paktika yang teruk terjejas, memberitahu AFP hari ini, menambah bahawa tidak ada jumlah kematian dapat dikemas kini.

    “Kawasan itu telah terjejas oleh banjir kerana hujan lebat malam semalam…ia juga sukar untuk mengakses kawasan terjejas,” katanya.

    Bencana itu memberi cabaran logistik yang besar buat kerajaan baharu Afghanistan iaitu Taliban.

    Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata agensi global sudah mengerahkan bantuan, menghantar pasukan kesihatan dan bekalan perubatan, makanan, kit trauma dan perlindungan kecemasan ke zon gempa itu.

    Jurucakap kerajaan Afghanistan, Zabihullah Mujahid dalam Twitter hari ini berkata pesawat bantuan telah mendarat dari Qatar dan Iran, sementara Pakistan telah menghantar trak membawa khemah, bekalan ubat-ubatan dan makanan menyeberangi sempadan darat. – AFP

    Penduduk Afghanistan ketika mengeringkan pakaian mereka dekat rumah yang dimusnahkan oleh gempa bumi di daerah Bernal, Paktika pada 23 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...