Penyelamat kesan ‘respons’ dari bawah lombong

BEIJING, 17 JAN – Para penyelamat mengesan tanda-tanda kehidupan hari ini dari 22 pelombong emas yang terperangkap di timur China, seminggu selepas para pekerja tersekat akibat letupan, lapor media kerajaan.

Ledakan pada 10 Januari telah memusnahkan tangga keluar dan sistem komunikasi di lombong itu, mengakibatkan pihak berkuasa tidak dapat menghubungi para pekerja di lombong yang terletak dekat bandar Qixia di timur wilayah Shandong.

Para penyelamat hari ini menggerudi ke bawah lombong dan mendengar ‘bunyi ketukan’, kata agensi berita rasmi Xinhua, walaupun mereka masih ‘memerlukan pengesahan’.

Para pegawai tempatan merancang untuk menghantar makanan dan talian telefon ke lombong tersebut, yang dimiliki oleh Shandong Wucailong Investment Co. Ltd., yang masih dalam pembinaan ketika kemalangan berlaku. – AFP