Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Penyelaras nuklear EU akan berkunjung ke Iran

    TEHRAN, 9 MEI – Penyelaras Kesatuan Eropah bagi rundingan antara Iran dan kuasa-kuasa dunia berhubung membaik pulih perjanjian nuklear 2015 akan mengunjungi Tehran minggu ini, kata Kementerian Luar Negeri Iran hari ini.

    Penyelaras, Enrique Mora, telah memainkan peranan penting sebagai orang tengah antara AS dan Iran semasa rundingan tergendala setahun di Vienna yang berusaha untuk memulihkan perjanjian.

    Tarikh ketibaan Mora di bandar Iran masih belum disahkan namun media tempatan melaporkan dia dijangka tiba pada Selasa.

    “Agenda bagi rundingan di Tehran hampir dimuktamadkan,” kata jurucakap kementerian luar negeri, Saeed Khatibzadeh pada taklimat media mingguan.

    Mora ‘akan bertemu dengan Ali Bagheri, ketua perundingan nuklear Republik Islam Iran’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...