Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Pihak Berkuasa bagi Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan perkhidmatan Pusat Maklumat Rangkaian Brunei Darussalam (BNNIC) akan melalui penyelenggaraan berjadual dari 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 28 Ogos nanti.
Semasa tempoh penyelenggaraan berkenaan, sistem BNNIC akan dinaik taraf. Akses kepada semua laman sesawang ‘.bn’ akan masih tersedia semasa tempoh berkenaan tetapi gangguan sekejap mungkin berlaku.
Bagi sebarang pertanyaan, boleh menghantar e-mel ke info@bnnic.bn. AITI turut menyatakan terima kasih atas kefahaman dan memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang berlaku.