RAMALLAH, Wilayah Palestin, 29 Ogos – Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata hari ini bahawa satu penyelesaian dua negara terhadap konflik Palestin-Israel kekal satu-satunya pilihan yang boleh membawa kejayaan apabila beliau membuat lawatan pertamanya ke Semenanjung Barat sejak menjawat jawatan itu.
Guterres berucap selepas bertemu perdana menteri Palestin, Rami Hamdallah di Ramallah berikutan rundingan-rundingan dengan pemimpin-pemimpin Israel pada hari sebelumnya.
“Saya ingin menyatakan sekuat-kuatnya bukan sahaja komitmen penuh PBB tetapi komitmen penuh peribadi saya untuk melakukan segala-galanya dalam merealisasikan penyelesaian dua negara,” katanya.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn