Penyelesaian perjanjian Ireland Utara ‘mungkin’ boleh dicapai

LONDON, 16 NOV – Perdana Menteri Britain kelmarin berkata mencari penyelesaian dengan Kesatuan Eropah (EU) kepada masalah perjanjian Brexit berhubung Ireland Utara
‘mungkin masih boleh dicapai’, namun mengulangi dia bersedia untuk melaksanakan syarat penggantungan dalam perjanjian.

Protokol Ireland Utara, sebahagian daripada perjanjian Brexit bersama wilayah Britain, yang direka untuk mengekalkan sempadan dibuka antara Ireland Utara dan Ireland – keperluan utama dalam perjanjian keamanan 1998 yang menandakan berakhirnya keganasan selama tiga dekad pemerintahan Britain.

Ia mengenakan pemeriksaan barangan menuju wilayah dari Britain – England, Wales dan Scotland – bagi menghalang mereka membuat perjalanan melalui negara anggota EU, Ireland, ke keseluruhan blok tanpa diperiksa.

Ahli kesatuan di Utara Ireland berpendapat pemeriksaan itu berkesan mewujudkan sempadan di Laut Ireland, menjejaskan kedudukan wilayah di UK yang lebih luas.

Britain dan EU tidak sependapat mengenai peraturan, yang ditandatangani oleh London pada 2019 namun sekarang dikatakan tidak dilaksanakan, dan yang Brussels mengekalkannya bagi keperluan untuk melindungi integriti pasaran tunggal EU.

Bercakap di London, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menegaskan kerajaannya “memilih untuk membuat rundingan penyelesaian kepada masalah yang berlaku pada Protokol Ireland Utara dan masih terdapat kemungkinan ia dicapai.”

Dia menambah, “Sekiranya kami menggunakan Artikel 16 (syarat penggantungan) – sebahagian daripada Protokol yang sah – kami akan melaksanakannya dengan sewajarnya dan berpatutan, kerana kami percaya ia adalah satu-satunya jalan untuk melindungi integriti wilayah negara kami.”

EU memberi amaran mengenai ‘kesan serius’ jika penggantungan diteruskan.

Rundingan untuk menyelesaikan kemelut terbantut tanpa sebarang perjanjian minggu lalu, namun akan menyambung semula di Brussels minggu ini. – AFP

Perdana Menteri Britain berkata masih terdapat kemungkinan bagi penyelesaian perjanjian Brexit Ireland Utara. – AP