Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Penyelia jururawat beri sinar harapan lima pesakit

    KOTA KINABALU, 15 SEPT – Allahyarham Sulimah Gilong, Penyelia Jururawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah memberikan sinar kehidupan buat lima individu apabila mendermakan organ kepada pesakit yang amat memerlukan.

    Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Asits Sanna berkata Sulimah telah mendaftar sebagai penderma organ sejak 2015 dan organnya berjaya menyelamatkan tiga pesakit mengalami kegagalan buah pinggang dan hati serta memberi sinar penglihatan kepada dua pesakit.

    Sulimah, 59, yang disahkan kematian otak, meninggal dunia pada 7 April lepas telah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan selama 34 tahun sejak 1989.

    “Hasrat murni Allahyarhamah menjadi penderma organ selepas kematian disempurnakan setelah pihak hospital mendapat persetujuan daripada warisnya dan antara organ juga tisu yang telah didermakan termasuklah sepasang buah pinggang, hati dan sepasang kornea (mata).

    “Allahyarhamah seorang jururawat yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas, disenangi rakan sekerja dan prihatin terhadap keperluan pesakit. Kami mendoakan semoga segala amal ibadahnya diterima serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Dr Asits berkata JKNS menyeru orang ramai supaya menjadikan Sulimah sebagai inspirasi dan teladan, seorang jururawat yang menabur khidmat bakti semasa hayatnya dan terus berbudi setelah pemergiannya. – Bernama

    Gambar Freepik
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...