Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Penyelidik beri amaran risiko buah pinggang pada pesakit COVID

    SYDNEY, 3 JUN – Para penyelidik Australia percaya jutaan pesakit COVID di seluruh dunia mungkin tidak didiagnosis bagi penyakit buah pinggang yang membawa maut.

    Kecederaan buah pinggang akut (AKI) berlaku ketika organ gagal berfungsi menapis sisa dalam darah, boleh membawa kepada penyakit lesu atau malah kematian. Keadaan itu biasanya disebabkan oleh komplikasi daripada penyakit serius lain.

    “Bagaimanapun, jika peningkatan kreatinia berlaku sebelum seorang pesakit dirujuk ke hospital, kami boleh terlepas diagnosis AKI dan gagal untuk menguruskan pesakit dengan betul pada awal, hari kritikal dimasukkan ke hospital.”

    Wainstein berkata ketika para penyelidik juga mengukur penurunan dalam tahap kreatinia, yang sering disusuli dengan peningkatan awal, kadar diagnosis AKI dalam peaskit COVID boleh meningkat.

    “Walaupun AKI sudah mula bertambah baik di hospital, penyelidikan kami menunjukkan pesakit-pesakit ini mendapat keputusan yang buruk di hospital dan kemungkinan mati berbanding dengan pesakit yang tiada AKI,” katanya.

    Wainstein berkata rawatan bagi AKI boleh semudah seperti memeriksa tahap hidrasi pesakit, manakala, menghentikan pengambilan ubat-ubatan boleh menjadi toksik pada buah pinggang. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...