Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penyelidik temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID

    TAIPEI, 15 SEPT – Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan dalam merawat pembekuan darah yang disebabkan oleh COVID-19, komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan penyakit berkenaan.

    Central News Agency (CNA) melaporkan pasukan itu yang diketuai Hsieh Shieliang, mengesan mekanisme yang menyebabkan pembentukan neutrophil extracellular traps (NET), faktor penyumbang dalam trombosis di kalangan pesakit COVID.

    Dalam kajian ke atas pesakit demam denggi, pasukan Hsieh sebelum ini mendapati platelet menyebabkan pengeluaran extracellular vesicles (EVs) yang meningkatkan pembentukan induced NET menerusi dua reseptor – CLEC5 and TLR2. Pasukan hipotesis Hsieh mendapati mekanisma ini turut menyumbang kepada pembekuan darah dalam kalangan pesakit kritikal COVID, dengan paras platelet EV yang tinggi.

    Menurut CNA, penyelidikan itu yang diterbitkan dalam edisi 11 Julai Journal of Biomedical Science, menyebut pasukan itu membandingkan EV penyumbang sihat dan pesakit COVID-19, dan mendapati tiada pembentukan NET dalam kalangan penyumbang sihat.

    Menggunakan tikus sebagai uji kaji, pasukan itu mendapati walaupun virus SARS-CoV-2 membentuk induced NET, kehadiran platelet telah menyumbang kepada peningkatannya dengan ketara.

    Menurut pasukan itu, penemuan itu menunjukkan platelet merupakan penggalak kuat pembentukan induced NET SARS-CoV-2-.

    Pasukan itu berkata keputusan itu adalah konsisten dengan atau tanpa kehadiran platelet, yang membuktikan peranan kritikal yang dimainkan oleh dua reseptor pembentukan induced NET SARS-CoV-2.

    Hsieh berkata sasaran ke atas CLEC5A dan TLR2 boleh menyediakan pelan tindakan yang baik untuk kajian pada masa depan bagi menangani pembekuan darah yang berpunca daripada COVID-19 dan komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan COVID-19, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...