Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Penyelidikan: Kelebihan vaksin Moderna atasi Pfizer

    WASHINGTON, 19 SEPT – Satu kajian baharu yang disiarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat baru-baru ini merupakan yang terbaharu yang mencadangkan vaksin COVID-19 Moderna memberikan perlindungan jangka panjang yang lebih baik berbanding Pfizer.

    Para penyelidik CDC menjalankan analisis ke atas hampir 3,689 orang dewasa yang dimasukkan ke hospital dengan COVID-10 akut dari 11 Mac hingga 15 Ogos 2021 – tempoh yang didahului dan termasuk penularan varian Delta.

    Pada keseluruhannya, 12.9 peratus telah langkap vaksinasi dengan vaksin Moderna, 20 peratus divaksinasi dengan Pfizer-BioNTech dan 3.1 peratus diberi suntikan vaksin Johnson & Johnson.

    Dalam tempoh tersebut, vaksin Moderna adalah 93 peratus lebih berkesan mengelak pesakit dimasukkan ke hospital, Pfizer 88 peratus berkesan dan J&J 68 peratus berkesan.

    Kehilangan keberkesanan dimasukkan ke hospital untuk Pfizer adalah amat ketara, ia merosot daripada 91 peratus dalam 14 hingga 120 hari selepas vaksinasi kepada 77 peratus lebih daripada 120 hari selepas menerima suntikan vaksin.

    Sebaliknya, Moderna merosot daripada 93 peratus kepada 92 peratus apabila membandingkan dua tempoh yang sama.

    Kajian itu juga termasuk analisis berasingan jumlah antibodi berlainan yang dicetuskan oleh vaksin, diambil daripada 100 sukarelawan.

    Vaksin Moderna mengeluarkan jumlah antibodi yang lebih tinggi berbanding Pfizer dan J&J untuk protein ‘spike’ virus, yang digunakannya untuk menyerang sel.

    Terdapat penyelidikan yang mencadangkan kelebihan vaksin Moderna berbanding vaksin Pfizer, termasuk kajian CDC sebelumnya yang dikeluarkan minggu lalu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan bebuli Moderna terletak di atas meja di klinik vaksinasi di Bridgeport, Connecticut. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...