Penyeludup heroin selamat daripada hukuman mati

BANGKOK, 9 OKT – Sebuah mahkamah di Thailand hari ini telah menukar hukuman mati seorang lelaki Taiwan atas kesalahan menyeludup heroin kepada penjara seumur hidup.

Pegawai Mahkamah Jenayah Bangkok mengesahkan laporan media Thailand itu bahawa Chen Kuan Lin berusia 38 tahun telah ditangkap semasa cuba untuk menyeludup 5.6kg heroin dari Thailand ke Taiwan.

Pihak berkuasa menemui 18 kotak tin berlabel sebagai serbuk penyejuk dalam bagasinya ketika dia hendak terbang dari lapangan terbang Don Muang Bangkok. Dia didapati bersalah memiliki dan menyeludup heroin dengan niat menjualnya. – AP