Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Penyeludup manusia ditangkap Interpol

    DUBAI, 6 JAN – Emiriah Arab Bersatu (UAE) memperincikan peranannya pada hari Khamis lalu, dalam operasi antarabangsa untuk menangkap seorang pelarian Eritrea di Sudan yang dituduh sebagai penyeludup manusia yang ‘paling dikehendaki dunia’.

    Kidane Zekarias Habtemariam telah dituduh sebagai ketua penyeludupan, mengendalikan kem di Libya di mana ratusan pendatang dari Afrika Timur yang mencari laluan ke Eropah dipercayai diculik, dirogol dan diperas.

    Habtemariam, dibabitkan dengan dua notis merah Interpol oleh Etiopia dan Belanda, telah ditangkap pada 1 Januari oleh Polis Sudan dengan kerjasama dengan pihak berkuasa UAE, kata pegawai Kementerian Dalam Negeri UAE, Saeed Abdullah al-Suwaidi kepada pemberita.

    Warga Eritrea tersebut telah masuk dalam radar Interpol sejak tahun 2019, memperoleh reputasi ‘pemberi layanan yang kejam dan ganas kepada pendatang asing’, menurut Interpol.

    “Kami telah menutup salah satu laluan penting bagi penyeludup untuk ke Eropah, yang digunakan secara haram memindahkan beribu-ribu pendatang dari Eritrea, Etiopia, Somalia dan Sudan, melalui Libya menuju Eropah,” kata Suwaidi dalam kenyataannya.

    Penangkapan itu adalah “satu bukti adanya rangkaian Interpol, dan apa yang boleh dicapai apabila negara-negara bekerjasama” kata Kavanagh. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...