Thursday, April 24, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyeludup, pendatang haram didakwa

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Tiga lelaki yang didakwa di bawah Akta Pasport mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

    Shahrul Afandi bin Ahmad Bukhari @ Seherol Hapandi anak Bakat, 28, berdepan dakwaan membantu membawa masuk Syazwan anak Jingan, 23, dan Iswanddy anak Jingan, 24, ke negara ini dari Limbang, dengan menyembunyikan mereka di tempat duduk belakang dan dalam but kereta.

    Syazwan dan Iswanddy pula menghadapi tuduhan gagal mengemukakan pasport mereka kepada pegawai imigresen ketika memasuki negara ini.

    Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman bagaimanapun menetapkan 25 September untuk sebutan hukuman ketiga-tiga tertuduh yang merupakan warga tempatan negara ini.

    Kertas pertuduhan menyebut, tindakan Shahrul Afandi menyembunyikan Syazwan dan Iswanddy di dalam kereta itu diketahui oleh pegawai kastam yang menjalankan pemeriksaan sebaik kereta yang dipandu Shahrul Afandi ditahan di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah, pada 8 Jun 2014.

    Siasatan mendapati Syazwan dan Iswanddy telah keluar dari negara ini pada 7 Jun 2014 melalui Kampung Bebuloh, tanpa mengemukakan pasport kepada pegawai imigresen di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah.

    Shahrul Afandi memberitahu yang dia bertemu Syazwan dan Iswanddy yang ketika itu sedang minum arak berhampiran dengan keretanya semasa di Limbang.

    Dia secara sukarela membantu kedua-duanya yang tidak memiliki pasport untuk masuk semula ke negara ini dengan menyembunyikan mereka di dalam kereta.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Atiyyah binti Haji Abas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda