Sunday, March 26, 2023
24.5 C
Brunei

-

Penyeludupan manusia: Peguam bela akan kemuka prima facie

Oleh Fadley Faisal

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Mahkamah Perantaraan semalam menetapkan 18 April untuk memberikan keputusan mengenai pembelaan prima facie berkenaan kes penyeludupan manusia.

Muhammad Zularif bin Zinial, 26, telah mengaku bersalah atas dakwaan memasuki Brunei tanpa menggunakan pasport pada 24 September 2019 dan menafikan dakwaan membawa tiga orang rakyat Vietnam yang diseludupkan di atas kapal yang dioperasi olehnya pada September 2019.Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni memerintahkan peguam bela, Daud Ismail untuk mengemukakan rayuan tersebut, diikuti dengan balasan oleh pihak pendakwa sebelum mahkamah memberikan keputusannya.

Pendakwa Nur Zahidah Farhanah Abdul Aziz mewakili pendakwa raya semalam.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -