Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Penyerahan laporan ABAC

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) telah berkumpul bagi memuktamadkan program kerja komprehensif sepanjang tahun yang mendapat input daripada perniagaan dan akademik dari seluruh APEC, di Bangkok,
    Thailand, selama tiga hari, baru-baru ini.

    Ahli-ahli ABAC telah menyampaikan laporan dan cadangan yang terhasil sebagai tambahan kepada panggilan mendesak mereka untuk kerjasama kepada pemimpin-pemimpin dialog pada 18 November lalu.

    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Tenaga Thailand, Tuan Yang Terutama Supattanapong Punmeechaow, menyampaikan ucaptama merasmikan Mesyuarat ABAC, menekankan prospek ekonomi global yang tidak menentu dan suram. (opens in a new tab)

    Pengerusi ABAC, Kriengkrai Thiennukul, juga selaku Pengerusi Persekutuan Industri Thailand, turut berkata bahawa konteks semasa di mana dialog yang pertama berlaku sejak 2018 di saat masa kritikal.

    Tahun ini, jelas lanjut, ABAC menyampaikan keselamatan siber, identiti digital, perkongsian data, kemudahan perdagangan digital, teknologi kesihatan dan infrastruktur dengan cadangan yang boleh diambil tindakan segera.

    Ahli ABAC Brunei bergambar semasa program berkenaan. – Gambar serahan ABAC Brunei

    Dalam pada itu, ABAC juga meluluskan program kerjanya untuk tahun 2023 bertemakan ‘Ekuiti. Kelestarian. Peluang’.

    Pada mesyuarat itu, turut diumumkan bahawa Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii akan menjadi Pengerusi bagi Inclusion Task Force pada tahun 2023, dengan tumpuan awal terhadap pemerkasaan ekonomi wanita, penglibatan orang asli dalam ekonomi, memformalkan ekonomi tidak formal dan merapatkan generasi melalui ekonomi.

    Dialog ABAC dengan para pemimpin berlangsung serta-merta pada 18 November lalu selepas Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC, dan dibina berdasarkan penglibatan sepanjang tahun antara ABAC dan Menteri-Menteri Perdagangan dan Kewangan APEC, dan penyertaan dalam mesyuarat peringkat tinggi dan mesyuarat menteri sektoral termasuk mengenai Keselamatan Makanan, Wanita dan Ekonomi, PKS dan Pelancongan. Dayang Suzanna binti Suharju, selaku anggota ABAC Brunei dan Ketua Pegawai Eksekutif Imagine Sdn Bhd mengiringi wakil di Dialog ABAC Bersama Pemimpin.

    Sehubungan itu, Dayang Nik Hafimi selaku ahli ABAC Brunei dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat LVK, menyatakan bahawa cadangan ABAC kepada pemimpin APEC dan dialog semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) boleh bertindak sebagai titik pusingan penting selepas pandemik tetapi sebagai pemimpin perniagaan sehingga mampu memberi impak.

    “Kami berharap untuk turut mengalu-alukan ahli ABAC ke Negara Brunei Darussalam untuk mesyuarat 2023 – ABAC 2 Insya Allah dan kami akan menyampaikan kepada rakan sejawatan ABAC dan APEC kami bahawa Negara Brunei Darussalam terbuka dan serius dalam mewujudkan dan meningkatkan kepelbagaian ekonomi dan pemulihan yang mampan,” kongsinya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...