Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Penyerang Chelsea rehat beberapa minggu

MANCHESTER, 9 JAN – Penyerang Chelsea, Christian Pulisic akan direhatkan sekurang-kurangnya dua minggu kerana kecederaan lutut, kata pengurus Graham Potter pada Ahad.

Pemain sayap berasal dari Amerika Syarikat itu cedera pada lutut kanannya ketika cuba menjaringkan gol, yang kemudiannya kalah 1-0 menentang Manchester City pada
Khamis dalam Liga Perdana.

Potter memaklumkan berita terkini mengenainya selepas pasukannya tewas 4-0
kepada City — ketika pelawanan Piala FA – pada Ahad.

“Christian baru sahaja membuka balutan lututnya dalam perlawanan beberapa hari yang lalu, jadi kami masih menganalisanya.

“Ia akan memakan masa beberapa minggu untuk sembuh,” kata Potter.

Pulisic memerlukan rawatan selepas lutut kanannya melecet ketika pertahanan City, John Stones melakukan terjahan. Pemain Amerika berusia 24 tahun itu tidak dapat meneruskan perlawanan dan digantikan pada minit ke-22. – AP

Christian Pulisic dari Chelsea (kanan) berebut bola dengan Lewis Cook dari Bournemouth semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Bournemouth di Stadium Stamford Bridge di London. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -