Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Penyerang di Baitulmaqdis, ditembak mati

    BAITULMAQDIS, 3 NOV – Seorang penyerang yang menikam seorang pegawai telah ditembak mati hari ini di Kota Lama Baitulmaqdis, kata polis Israel, dengan dua pegawai lain cedera di tempat kejadian.

    Polis berkata penyerang menimbulkan syak wasangka dan diarahkan berhenti untuk pemeriksaan sebelum dia ‘menikam salah seorang pegawai di bahagian atas badan’.

    Dia kemudian ditembak oleh dua pegawai lain “dan kemudiannya disahkan meninggal dunia,” kata satu kenyataan polis.

    Pakar perubatan dari perkhidmatan kecemasan Magen David Adom Israel berkata mereka merawat tiga lelaki di tempat kejadian dan membawa mereka ke hospital di Baitulmaqdis.

    Hospital Shaare Zedek berkata mereka sedang merawat seorang lelaki yang mengalami luka tikaman sederhana di tubuhnya, dan seorang lagi lelaki yang cedera ringan akibat tembakan di kaki, berkemungkinan akibat tembakan yang dilepaskan oleh polis.

    Lelaki ketiga dibawa ke hospital Hadassah dengan kecederaan ringan.

    Polis memberitahu AFP mereka masih belum mengenal pasti identiti penyerang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...