Penyerang England sertai Magpies

LONDON, 7 SEPT – Callum Wilson hari ini melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dari kelab Bournemouth dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak 20 juta pound.

Pemain antarabangsa England berusia 28 tahun itu telah menandatangani perjanjian selama empat tahun bersama pasukan bimbingan Steve Bruce.

“Newcastle United dengan gembira mengumumkan penandatangan penyerang Callum Wilson dari AFC Bournemouth,” menurut kenyataan dari kelab.

“Pemain berusia 28 tahun itu akan menyertai Magpies dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan dan menandatangani kontrak yang akan mengekalkannyadi St James’s Park sehingga musim panas 2024”.

Pengurus kelab, Bruce berkata dia gembira dengan pembelian pemain tersebut dari Bournemouth, yang telah disingkirkan dari Liga Perdana Inggeris musim lalu.

“Dia telah bermain dengan cukup baik bersama Bournemouth dan dia layak bermain di bahagian serangan buat England kurang dari dua tahun yang lalu,” katanya.

“Kelab telah bekerja keras untuk mendapatkan Callum ke sini dan kami telah menewaskan saingan dari beberapa buah kelab. Wilson, yang turut diintai Aston Villa, merebut peluang untuk mengikut jejak beberapa orang pemain besar di kelab tersebut. – AFP