Penyerang gereja, masjid mengaku bersalah

CHICAGO, 21 JULAI – Seorang bekas pelajar kejururawatan berusia 22 tahun bakal menghabiskan sisa hidup dalam penjara sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan berhubung kes serangan gereja dan membakar masjid di California pada 2019, lapor agensi berita Anadolu.

John Earnest mengaku menggunakan senapang separa automatik dan membunuh seorang wanita Lori Gilbert-Kaye, 60, dan mencederakan tiga lain, termasuk seorang kanak-kanak 8 tahun.

“Earnest mengaku bersalah atas perbuatannya disebabkan benci terhadap Yahudi dan mengaku menyebabkan kematian dan kecederaan parah.

“Dia juga mengaku bersalah membakar Masjid Dar-ul-Arqam di Escondido,” kata Pejabat Peguam Daerah San Diego dalam satu kenyataan.

Menurut pendakwa, memetik surat ditulis Earnest, dia mendapat inspirasi daripada kejadian tembakan di sebuah rumah ibadat di Pittsburgh pada 2018 dan insiden di Christchurch, New Zealand pada tahun berikutnya. – Bernama