BAITULMAQDIS, 28 April – Seorang penduduk Palestin yang ditembak oleh polis Israel kerana dipercayai terlibat dalam 20 kes serangan pisau, telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya seminggu kemudian, kata kementerian kesihatan Palestin dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian menamakannya sebagai Omar Awni Younes, 20, dan berkata dia meninggal dunia di sebuah hospital Israel berhampiran Tel Aviv pada malam Sabtu.
Polis berkata pada ketika itu dia telah ‘mendekati para pegawai dengan sebilah pisau’ berhampiran pos kawalan tentera Tapuach Junction di luar Nablus di Tebing Barat yang diduduki.
Menurut kenyataan polis, ‘pengganas itu telah ditembak dan mengalami kecederaan’ namun pegawai polis tidak cedera.
Kementerian Palestin berkata Younes berasal dari kampung Saniria utara Tebing Barat. – AFP